The coolest daddy in planet

Tuesday, October 27, 2009

55 kesalahan sebutan dalam bacaan sural Al-Fatihah


Bilakah kali terakhir korang check bacaan Al-fatihah yang dibaca dalam solat samada betul ke tak?

Mungkin kali terakhir... semasa anda mula2 menghafal surah Al-fatihah masa first time belajar solat di tadika.

Kini berpuluh tahun telah berlalu, adakah korang masih dengan cara bacaan dan pemahaman ilmu tajwid yang anda faham pada umur 5-6 tahun?

Yakinkah korang yang bacaan itu betul dan diterima oleNya?

Persoalan ini lah yang menghantui aku sekian lama sehingga aku bertemu dengan buku agama terlaris di pasaran sekarang "55 Kesalahan Sebutan Dalam Bacaan Surah Al-Fatihah" di susun oleh Ustaz Nik Bakri. Buku ini disertakan sebuah CD untuk korang check bacaan korang.

Jom kita check sama2...samada bacaan fatihah dlm semayang kita selama ni betul ke tak.

P/S - atas permintaan ramai, buku ini boleh diorder sekarang. Cepat...sehingga stock masih ada.

Monday, October 26, 2009

..maafkanlah dia yer :)



































..aku terpanggil untuk mengomen sedikit mengenai Puan Nora yang pernah menjaja di dalam Harian/Mingguan Metro dan TV3 yang dia telah menjadi jutawan dengan perniagaan virtual property yang entah apa ke bendanya...dan turut menjaja yg penjual nasi lemak yg buta IT pon telah menjadi jutawan internet bila join bisnes dia...tercabar semua pakar IT kan!



Maka berdoyon-doyon lah pakcik-macik dan adik-kakak join bisnes ni tanpa banyk usul periksa...aperyer tidak, bila siang malam pagi petang si Puan Nora dok canang kat TV3 dan paper supaya jangan takut kalu tak pandai komputer sebab dia akan ajar segalanya tentang IT yg bersangkutan dgn bisnes tu...makanya makcik-pakcik yg tak pernah ada email maupon tk tau nak ON komputer pon teruja dan sanggup melabur bukan puluhan tapi ada juga ratusan ribu..habis lah tabung simpanan untuk persekolaan anak2 di advance kan dulu utk melabur ngan Pn. Nora.




Aku pon pernah meghadiri roadshow dia di sini...pack giler dgn manusia2 yg turut giler nak jadi jutawan segera.

Naik krem kaki aku berdiri kat 3 jam dlm bilik yg macam tin sadin mendengar mereka dgn penuh semangat membentngkan pelan pemasaran yg giler2. Macamana aku boleh percaya pon aku tk tau, ..diaorang boleh claim Monsun.biz lagi hebat dari ebay.com...aku hangguk sampai ke lutut mengiakannyer..heeee..Pandai sungguh dia menjual atau aku yg tamok haloba nak jadi jutawan segera...hehehe..


Bila aku kenang2 balik..rasa naik loyer tekak bila En. Aziz (laki dia la ni) kata yang syarikat dia MIRSB tu akan berkerjasama dengan Microsoft dlm sedikit masa lg dan Dr. Zubir chairman of the company akan bawa Bill Gates ke Malaysia untuk bertemu dengan mereka yg  dh jadi  ahli...adoi..jampi serapah apa yg disembur kat aku sampai aku bleh percaya 100%...heheheh

Sekarang ni dia dah kembali.... Bukan untuk menunaikan janji yg ditabur merata dulu.... Bukan juga untuk men-refund duit2 yg diambil dari pelabur2 tetapi untuk meperkenalkan produk baru, kompeni baru dengan muka tak malu dia tu.

Hampalah korang semua yg memaki hamun dia, yang memfitnah dia tipu korang dan yg mintak dia mati beranak gara2 pelaburan korang tu tk menjadi kerana tup...tup..tup dia kini kembali lagi (selepas habis pantang) seperti tanpa apa yg berlaku dengan penampilan baru yg ala2 diva gitu....sori!..doa korang belom termakbul lg, pasal ati korang pon tak sesuci mana...betoi tk? Keep praying!

Agak2nyer nak tak korang datang lg ke seminar dia seperti yg baru diiklan di Sinar Harian tu dengan berpakaian bertema Hawaii, koboi dan macam lagi seperti masa pelancaran produk2 Monsun dulu...hehehe..panas ! panas!

Cepat! Cepat! dia nak ambik 300 ahli jer..betoi 300 jer, tak ambik lg dah lepas ni.

...cerita lanjut pasal monsun-biz buat mereka yg masih blur, sila klik here!

Tak puas lagi?..baca yang ni pulak!





Woi..saper hack website kesayangan aku ni!





Sunday, October 25, 2009

..berakhirnya penantian Tok Mat ke Tanah Suci


Selamat Jalan Tok Mat... akhirnya penantian Tok Mat hampir 2 tahun ntuk ke tanah suci telah terjawab. Aku menerima SMS dari kakak mengatakan yang Tok Mat akan berangkat pada 30-Oct-2009. Mengapa Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi  a very short notice....kurang seminggu dari tarikh berangkat. Memang tak patut..kesian kat Tok Mat. Tak sempat aku  nak menghantar.



Adakah ini menjadi telah menjadi kebiasaa pada LTH?. Mungkin kes Tok Mat ni tak seteruk bakal haji yg lain yang mungkin terima notice kurang dr 24 jam??? ada ke??..kalu kena kat aku mau aku saman LTH juta juta. Bukan apa...kalau ini disebabkan kelemahan pengurusan LTH, kenalah tengok kat mana nak kena improvekan, biarpun kes macam ni tak banyak dan ini dikira kes yang terpencil.


Aku kesian ke Tok Mat. Dia frust giler last last year..tunggu punya tunggu sampai raya haji tak juga terima apa2 berita dari LTH. Kesian gak ke ayam, itik & kambing tak pasal2 kena lelong sampai kosong reban pasal Tok Mat dah kofiden sgt yg dia akan berangkat ke Mekah...yer la sapa nak jaga pets dia sepeninggalan dia ke Mekah.


Apa2 pon harapnyer tiada lagi pertukaran jadual penerbangan...Selamat Jalan Tok Mat. semoga mendapat haji yang mabrur.


Kami doakan semoga Tok Mat sihat walafiat dan pulang dengan selamat.

Saturday, October 24, 2009

..meh sini salam ngan keluarga AbangDaddy!


Adib sebagai Hero.. pelakon utama yang akan membawa pelbagai watak utama dalam blog ini. Kadang2 bolih over-acting sampai tak terlayan oleh tuan director!








Alea sebagai heroin.. bakal pengganti Kak Erra Fazira. Dah sign contract dgn AbangDaddy untuk berlakon 10 filem. Melepaslah producer lain...hehehe










Pelakon-Pelakon Pembantu adalah....

Aiman

Alin

..gambar puan director & tuan director nanti la yer!


Friday, October 23, 2009

Helo, Aku pon ada blog!

Teruja dengan macam-macam blog kat alam siber ini, aku pon nak tumpang sekaki untuk memblog & menyebok di alam maya ni. Dengan first entry ini maka dengan rasminya aku telah menyertai dunia blogging yang boleh ketagihan ini (betol ke??)...Bertambahlah lagi 1 blog dalam bermilion-millions blog yag dah sedia ada sekarang.


Ada ke yang nak melawat & membaca blog ni???


Kalau tak de orang melawat pun tak pe kerana ia cuma personal space untuk mengumpul  pengalaman harian dalam mengemudi sebuah keluarga.


Mungkin boleh menjadi iktibar atau paling tidak sebagai hiburan untuk anda semua.


OK, Selamat membaca & mengomen!

Apa macam aku punya blog set-up, mengancam tak?


Related Posts with Thumbnails